BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Didorong Pasaran Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan petunjuk yang lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh ketidaktentuan mengenai keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan krisis geopolitik yang sedang berlaku.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kenaikan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak meningkat pada Rabu berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Qatar manakala Presiden AS Donald Trump menggesa Eropah untuk mengenakan tarif ke atas pembeli minyak Rusia.

Bagaimanapun, unjuran pasaran lemah telah mengehadkan kenaikan seterusnya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 1.5 sen kepada 745.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.4 sen kepada 577 sen sekilogram.

-- BERNAMA