BERITA TERKINI   PM Anwar, yang juga Menteri Kewangan menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025 hari ini, mengiktiraf peranan beliau dalam memacu kewangan Islam | Jualan pembuatan Malaysia pada Julai meningkat 3.5 peratus kepada RM162.5 bilion - DOSM | Pindaan Akta Finas bakal dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Oktober ini - Fahmi | Gempa bumi Segamat: Johor salur bantuan kepada 62 ketua isi rumah yang terkesan pada kadar maksimum RM3,000 bagi setiap keluarga - MB | Malaysia memperkukuh peranan kewangan Islam sebagai menyokong pembangunan mampan memastikan generasi beretika - PM Anwar | 

Sunway JV Menang Tender Tanah S$623.91 Juta Di Chuan Grove, Singapura

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Sunway Bhd, iaitu Sunway Developments Pte Ltd (SDPL) dan Sing Holdings Residential Pte Ltd (SHRPL), telah memperoleh sebidang tanah di Singapura daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Bandar Singapura (URA) untuk pembangunan kediaman bernilai S$623.91 juta (RM2.05 bilion).

Sunway berkata URA menganugerahkan tanah seluas 14,514.3 meter persegi di Chuan Grove dengan pajakan selama 99 tahun kepada SHRPL dan SDPL, berikutan kejayaan tender bersama oleh kedua-dua pihak. 

Syarikat itu berkata Chuan Grove Pte Ltd, iaitu syarikat usaha sama dengan SHRPL dan SDPL masing-masing mempunyai kepentingan ekuiti sebanyak 65 dan 35 peratus, akan dilantik sebagai pemaju yang diluluskan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Kumpulan Sunway bermula tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2027 dan seterusnya,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

SDPL ialah anak syarikat milik penuh Sunway Holdings Sdn Bhd, sekali gus merupakan anak syarikat milik penuh Sunway.

Sementara itu, SHRPL ialah syarikat yang diperbadankan di Singapuran dan merupakan anak syarikat milik penuh Sing Holdings Ltd.

 

-- BERNAMA