BERITA TERKINI   PRN Johor: Tiga lagi calon akan bertanding di DUN Bukit Batu, Maharani dan Simpang Jeram - Presiden MUDA | PM Anwar mahu Petronas dan Petros bekerjasama sebagai satu pasukan dalam membangunkan negara | Kerajaan Persekutuan yakin Sarawak mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam mengendali Pelabuhan Bintulu - PM Anwar | 

CTOS Digital Meterai MoU Dengan MyDigital ID Perkukuh Penyelesaian eKYC

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- CTOS Digital Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyDigital ID Sdn Bhd untuk membangunkan rangka kerja bagi mengkaji penggunaan identiti digital nasional dalam memperkukuh proses pengesahan identiti pelanggan secara elektronik (eKYC).

CTOS merupakan agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia manakala MyDigital ID ialah platform identiti digital nasional yang disokong kerajaan. 

Menurut CTOS Digital dalam kenyataan hari ini, dengan perjanjian ini, ia telah menjadi agensi pelaporan kredit pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan MyDigital ID.

“Melalui kerjasama ini, CTOS Digital dan anak syarikatnya, termasuk CTOS Data Systems, akan menilai bagaimana MyDigital ID dapat dimasukkan dalam proses pengesahan sedia ada.

“Matlamatnya untuk membina asas penyelesaian eKYC yang lebih selamat, cekap dan lancar, yang akan menyokong usaha mengurangkan risiko penipuan, meningkatkan pematuhan dan menggalakkan penggunaan digital yang lebih meluas,” katanya.

-- BERNAMA