BERITA TERKINI   Jaguh para badminton negara Cheah Liek Hou pertahan gelaran juara perseorangan lelaki SU5 pada Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Bahrain hari ini | Tan Sri Noh Omar umum letak jawatan Ahli MPT Bersatu berkuat kuasa hari ini | PM Anwar umum peruntukan tambahan RM20 juta bagi pembaikan dan naik taraf SMJKC seluruh negara ikut keperluan | 

Dagangan Niaga Hadapan MSM Dijangka Kecil Susulan Minggu Singkat

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dalam dagangan kecil pada minggu depan susulan aktiviti suram akibat minggu dagangan yang singkat, kata peniaga.

Sehubungan itu, Peniaga Kanan Minyak Sawit Kumpulan Interband, Jim Teh memberitahu Bernama niaga hadapan MSM dijangka dalam harga julat RM3,900 hingga RM4,000 satu tan.

Peniaga Minyak Sawit David Ng berkata pasaran dijangka kekal dalam julat kecil ketika penggiat pasaran menunggu pemangkin baharu yang dapat mempengaruhi hala tuju pasaran seterusnya.

“Kami menjangkakan harga dalam julat RM4,350 hingga RM4,580 satu tan minggu depan,” katanya.

Bagi asas mingguan, kontrak September 2025 meningkat sebanyak RM12 kepada RM4,383 satu tan, manakala kontrak Oktober 2025 susut RM4 kepada RM4,408 satu tan.

Kontrak November 2025 turun RM3 kepada RM4,445 satu tan, Disember 2025 susut RM5 kepada RM4,470, Januari 2026 berkurangan RM8 kepada RM4,482 dan Februari 2026 merosot RM11 kepada RM4,471 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 527,663 lot berbanding 141,151 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 263,070 kontrak daripada 252,812 kontrak.

Harga fizikal MSM untuk Selatan September naik RM20 kepada RM4,420 satu tan.

-- BERNAMA