BERITA TERKINI   PM Anwar alu-alukan cadangan Mesyuarat Luar dan Ekonomi ASEAN bersama yang bakal diadakan julung kalinya bulan depan | Pembinaan daya tahan ASEAN boleh dilakukan menerusi pengukuhan rantaian bekalan, pemerkasaan PMKS, melabur dalam kemampanan dan memupuk inovasi -  PM Anwar | ASEAN tidak boleh menjadi pemerhati pasif tetapi perlu meneraju usaha membina daya tahan dalam perkumpulan itu - PM Anwar | Penyertaan Timor Leste ke dalam ASEAN pada Oktober depan akan mengukuhkan lagi perpaduan blok itu dan meningkatkan daya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan global -- PM Anwar | PM Anwar tiba di Majlis Makan Malam Gala Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur, malam ini | 

Majlis Rantaian Bekalan ASEAN Ditubuh Bagi Perkukuh Kerjasama Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Majlis Penyelarasan Rantaian Bekalan ASEAN (ASCCC) yang ditubuhkan hari ini di bawah Rangkaian Pembuatan ASEAN bermatlamat memperkukuh kerjasama serantau merentasi pelbagai industri bagi meningkatkan kecekapan serta ketahanan rantaian bekalan.

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia Tan Sri Nazir Razak berkata majlis itu akan dipengerusikan bersama dengan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

“Saya berasa ini merupakan platform baharu yang penting kerana kami mempunyai wakil daripada semua industri iaitu daripada tekstil hingga semikonduktor.

“Jadi, kami mampu memberikan maklum balas yang lebih berkesan dari lapangan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN-Perundingan ASEAN-BAC ke-23 di di sini hari ini.

Terdahulu, dilaporkan FMM menggesa supaya kerjasama yang lebih erat dijalin bersama-sama ASEAN-BAC berhubung hal ehwal rantaian bekalan.

Satu daripada cadangannya iaitu penubuhan ASCCC, sebuah badan penyelarasan serantau yang khusus untuk memantau dasar, aliran dan cabaran, mengumpulkan agensi serta sektor swasta sambil menangani kejutan geopolitik dan ekonomi.

-- BERNAMA