BERITA TERKINI   Liga Super: KL City 1-0 Terengganu | Tuduhan Kerajaan MADANI menentang Islam tidak berasas, ada pihak guna agama politikkan isu - PM Anwar | PM Anwar tidak kompromi jika ada pemimpin kerajaan terlibat rasuah, SPRM bebas jalankan siasatan | Penurunan harga RON95: Kerajaan MADANI pilih kebijakan ekonomi, kebajikan rakyat - PM Anwar | Pelaksanaan BUDI95 libatkan polis dan tentera hari ini bagi iktiraf peranan mereka menjaga keselamatan negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Teruskan Kenaikan Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$3,800 minggu depan, disokong oleh permintaan berterusan terhadap aset selamat dan jangkaan terhadap pengumuman data buruh Amerika Syarikat (AS).

Pengarah urusan SPI Asset Management  Stephen Innes berkata komoditi itu mencatatkan kenaikan kukuh meskipun pengukuhan dolar dengan aliran masuk dana dagangan bursa (ETF) yang berterusan menyokong daya tarikan emas.  

"Tumpuan akan terarah kepada pengumuman Penyata Gaji Bukan Ladang AS pada Jumaat, dengan unjuran antara 20,000 dan 80,000 pekerjaan. Angka yang lemah boleh menyebabkan Rizab Persekutuan mengubah semula pendiriannya, membebankan dolar dan memberikan jongkong emas momentum baharu,” katanya.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta September 2025 meningkat kepada US$3,750.30 setiap auns troy daripada US$3,660.20 pada minggu sebelumnya.

Kontrak Oktober 2025 mengukuh kepada US$3,765.40 setiap auns troy daripada US$3,676.60, dan kontrak November 2025 meningkat kepada US$3,783.6 setiap auns troy daripada US$3,693.40 sebelumnya.

Kontrak Disember 2025, Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$3,803.5 setiap auns troy berbanding US$3,714.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 2,310 lot daripada 1,388 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 658 kontrak daripada 807 kontrak.

Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 25 Sept 2025, emas fizikal berada pada US$3,730.75 setiap auns troy.  

-- BERNAMA