BERITA TERKINI   Isu pentadbiran Negeri Sembilan: TPM Ahmad Zahid maklumkan akan bertemu ADUN BN dalam masa terdekat- Fahmi | PM Anwar arah semua aktiviti kementerian, agensi dan badan berkanun dilaksana pada skala sederhana. - Fahmi | Isu pentadbiran Negeri Sembilan: PM Anwar tegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan campuri urusan adat - Fahmi | Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa - Aminuddin | Bekas pemimpin parti politik Johor parah dipercayai tertembak diri sendiri semasa proses mengosongkan senjata di Lapang Sasar Ladang Rem, Kota Tinggi petang semalam - Ketua Polis Johor | 

Aktiviti Perniagaan Labuan IBFC Rangsang Ekonomi Negara, Tempatan - Amir Hamzah

LABUAN, 29 Sept (Bernama) -- Operasi perniagaan syarikat asing dan Malaysia di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) merangsang aktiviti ekonomi, pelaburan dan hasil yang memberi manfaat kepada pendapatan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata pertambahan berterusan syarikat yang beroperasi di Labuan IBFC telah menjana kesan limpahan ekonomi melalui perbelanjaan tempatan dan penciptaan peluang pekerjaan kepada penduduk Labuan, Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Kehadiran institusi perbankan terkemuka di pulau ini mencerminkan daya saing dan hubung kait perkhidmatan serta produk Labuan IBFC yang selaras dengan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh peranannya sebagai hab kewangan serantau,” kata Amir Hamzah pada sidang media selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-35 Labuan IBFC hari ini.

Beliau juga berkata perkembangan positif ekosistem kewangan dan perniagaan Labuan yang disokong oleh penambahbaikan berterusan dalam infrastruktur tempatan membolehkan Labuan IBFC menarik minat antarabangsa yang lebih besar dan meningkatkan daya saing jangka panjangnya.

-- BERNAMA