BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Kerajaan Bakal Wujudkan 'Sovereign AI Cloud' Perkukuh Pembangunan Digital -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan bakal mewujudkan ‘Sovereign AI Cloud’ bagi memastikan keupayaan kecerdasan buatan (AI) nasional yang selamat, berdaulat dan mampu menyokong pembangunan digital negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata gerak kerja itu adalah sebagai persediaan Malaysia ke arah negara AI menjelang 2030.

Keputusan itu dicapai semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN) pada pagi ini yang dipengerusikan oleh beliau. 

Perdana Menteri berkata antara perkara utama yang dibincangkan semasa mesyuarat tersebut termasuklah pelaksanaan MyDigital ID yang perlu dipertingkat, status MyGov Malaysia yang memerlukan kerjasama dan sokongan semua kementerian dan agensi.

"Mesyuarat turut bersetuju dengan cadangan Dasar Kuantum Negara yang akan dimulakan dengan penubuhan Pasukan Kuantum Negara.

“Ia bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi perkembangan teknologi kuantum serta ancaman Q-Day yang boleh menjejaskan keselamatan data dan infrastruktur digital negara,” kata beliau menerusi hantaran di laman X, hari ini. 

Menurut Anwar, tindakan itu penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.

-- BERNAMA