BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Kuching City 3-1 DPMM | Liek Hou-Mohamad Faris muncul juara beregu lelaki SU5 Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Bahrain | Jaguh para badminton negara Cheah Liek Hou pertahan gelaran juara perseorangan lelaki SU5 pada Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Bahrain hari ini | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah pemulihan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar US, kata seorang peniaga. 

Beliau berkata sentimen pasaran telah disokong oleh perkembangan positif di sekitar Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan peningkatan jangkaan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, momentum menaik ini dihadkan oleh kebimbangan mengenai potensi kesan pertikaian perdagangan China-Belanda dalam industri automotif.

Kenaikan harga minyak telah dipacu oleh risiko bekalan yang berkaitan dengan sekatan serta harapan daripada perjanjian perdagangan AS-China.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 tidak berubah pada 744.0 sekilogram, manakala lateks pukal menyusut setengah sen kepada 568.00 sekilogram.

-- BERNAMA