BERITA TERKINI   MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kerajaan setuju bayar RM200 sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | Pas MyKLIA Monthly TravelCard dan MyPutrajaya Monthly TravelCard boleh dibeli mulai 24 April hingga 1 Julai 2026 - Loke | 

Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Dolar US Melemah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari Khamis, disokong oleh dolar US yang melemah dan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan, ini telah meningkatkan permintaan untuk emas sebagai aset selamat.

Kontrak bulan semerta 2025 meningkat kepada US$4,025.20 setiap auns troy daripada US$3,981.70 yang dicatatkan pada hari Rabu, Disember 2025 menokok kepada US$4,042.10 berbanding US$3,998.60 dan Januari 2026 naik kepada US$4,060.90 daripada US $ 4,016.80 sebelum ini.

Manakala, Februari 2026, April 2026 serta Jun 2026 semuanya berakhir lebih tinggi pada US$4,076.80 setiap auns troy daripada US$4,032.70.

Jumlah dagangan susut kepada 31 lot berbanding 34 lot pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 138 kontrak daripada 139 sebelum ini.

Berdasarkan penetapan tengah hari 5 Nov 2025 London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$3,968.20 setiap auns troy.

-- BERNAMA