BERITA TERKINI   Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal, menjejaki kerugian di pasaran tunai.

Pada pukul 9.30 pagi ini, kontrak November 2025 turun 16 mata kepada 1,622.0, Disember 2025 merosot 15.5 mata kepada 1,622.5, dan Mac 2026 menguncup 14 mata kepada 1,605.0 dan Jun 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,623.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,281 lot dengan kepentingan terbuka mencecah 44,569 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI susut 6.92 mata kepada 1,625.35 selepas 47 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA