BERITA TERKINI   RTM mohon maaf atas gangguan teknikal ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan Piala Dunia antara Perancis dan Senegal | 13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah sebuah agensi kerajaan ditahan kerana disyaki terima rasuah kira-kira RM2.5 juta - SPRM | Malaysia, Tatarstan lihat potensi perluas kerjasama pelbagai bidang termasuk pendidikan, industri halal - PM Anwar | Rektor UIAM Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2026 | Pakar Fiqah Islam dari Maghribi Dr Ahmad Al-Raysuni diumum Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2026 | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Selepas Fed Mengurangkan Kadar

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur. 

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) membuat langkah berani dengan memotong kadar faedah kepada 3.5-3.75 peratus, pengurangan ketiga tahun ini berbanding 4.25-4.50 peratus yang disaksikan semasa Disember tahun lepas, keputusan yang telah memberi kesan ke atas dolar US.

Menurut Pengerusi Fed AS, Jerome Powell keadaan ekonomi kekal mencabar dan keputusan bagi mengurangkan kadar faedah bertujuan untuk menangani risiko yang ditimbulkan oleh pasaran buruh yang lebih lemah susulan inflasi yang masih berlarutan pada paras melangkaui dua peratus. 

Kontrak Disember 2025 meningkat kepada US$4,226.60 setiap auns troy daripada US$4,212.00 setiap auns troy, Januari 2026 naik kepada US$4,242.40 setiap auns troy daripada US$4,227.20 setiap auns troy, Februari 2026 melonjak kepada US$4,258.20 setiap auns troy daripada US$4,243.00 setiap auns troy dan Mac 2026 menokok kepada US$4,274.90 setiap auns troy daripada US$4,259.70 sebelum ini.

Kontrak April dan Jun 2026 juga berada lebih tinggi pada US$4,292.90 setiap auns troy daripada US$ 4,277.70 setiap auns troy yang dicatatkan pada hari Rabu.

Jumlah dagangan berkembang kepada lima lot berbanding sifar semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 67 kontrak daripada 62 kontrak.

Berdasarkan kepada penetapan tengah hari 10 Dis 2025 London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,200.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA