BERITA TERKINI   Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan urus niaga lebih rendah dalam sesi dagangan awal pada Khamis.

Pada 9.19 pagi, kontrak Disember 2025 dan Jun 2026 masing-masing turun 3.0 mata kepada 1,638.0 dan 1,628.50 manakala Januari 2026 susut 2.5 mata kepada 1,641.50 dan Mac 2026 merosot 2.0 mata kepada 1,626.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,139 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 39,317 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI turun 4.35 mata kepada 1,637.09 selepas 37 minit dagangan dijalankan berbanding 1,641.44 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA