BERITA TERKINI   Tiga warga Vietnam dipenjara 12 tahun dan denda RM128.9 juta atas 15 pertuduhan simpan bahagian hidupan liar tanpa permit sah | Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia tengah hari tadi | Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun sebelumnya - Jabatan Perangkaan | 

Binasat digital Dapat Kontrak RM52.46 Juta Daripada Lembaga Dius Api

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Anak syarikat Binasat Communication Bhd, Binasat Digital Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM52.46 juta daripada Lembaga Dius Api (LDA) untuk menyediakan perkhidmatan dan perisian internet yang terurus serta selamat.

LDA merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Laut Malaysia, yang bertanggungjawab mengurus dan memastikan keselamatan alat bantuan navigasi seperti rumah api, suar serta pelampung untuk menjaga pelayaran kapal di perairan Malaysia.

Kontrak itu menuntut penyediaan perkhidmatan internet terurus dan selamat untuk ibu pejabat LDA, pejabat pengumpulan serta sistem navigasi, kata Binasat melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Kontrak tersebut akan bermula pada 2 Jan 2026 dan dijangka selesai menjelang 1 Jan 2031 iaitu 60 bulan dari tarikh permulaan,” katanya.

Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih dan penggearan syarikat termasuk anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2026, dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

-- BERNAMA