BERITA TERKINI   Seleweng Dana 1MBD: Empat karya seni antarabangsa yang berjaya dibawa pulang akan diserahkan kepada Balai Seni Negara dalam masa terdekat - KP SPRM | SPRM berjaya bawa pulang empat karya seni antarabangsa yang dibeli guna dana 1MDB bernilai US$198,125 atau kira-kira RM786,556 pada 10 April lepas - KP SPRM | Malaysia telah berjaya mendapatkan semula 74.5 peratus atau RM31.3 bilion daripada keseluruhan RM42 bilion dana 1MDB yang diseleweng - KP SPRM | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjejaki COMEX AS

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi yang lemah di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Sementara itu, kontrak bulan semerta Disember 2025 turun kepada US$4,467.40 setiap auns troy daripada US$4,487.40 setiap auns troy pada Jumaat, kontrak Januari 2026 menyusut kepada US$4,486.50 setiap auns troy daripada US$4,505.10 setiap auns troy.

Kontrak Februari 2026 berkurangan kepada US$4,502 setiap auns troy daripada US$4,520.60 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Mac 2026 berkurangan kepada US$4,518.70 setiap auns troy daripada US$4,537.30 setiap auns troy pada Jumaat manakala kontrak April dan Jun 2026 ditutup lebih rendah kepada US$4,536.70 setiap auns troy daripada US$4,555.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 151 lot daripada 36 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada 209 kontrak daripada 95 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada harga US$4,449.40 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 Dis, 2025.

-- BERNAMA