BERITA TERKINI   Isu pentadbiran Negeri Sembilan: TPM Ahmad Zahid maklumkan akan bertemu ADUN BN dalam masa terdekat- Fahmi | PM Anwar arah semua aktiviti kementerian, agensi dan badan berkanun dilaksana pada skala sederhana. - Fahmi | Isu pentadbiran Negeri Sembilan: PM Anwar tegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan campuri urusan adat - Fahmi | Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa - Aminuddin | Bekas pemimpin parti politik Johor parah dipercayai tertembak diri sendiri semasa proses mengosongkan senjata di Lapang Sasar Ladang Rem, Kota Tinggi petang semalam - Ketua Polis Johor | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Pada jam 9.23 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2026 susut 6.0 mata kepada 1,676.5, Februari 2026 turun 3.5 mata kepada 1,679.0, Mac 2026 berkurangan 6.0 mata kepada 1,662.0 manakala Jun 2026 tidak berubah pada paras 1,670.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,192 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,702 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI turun 11.33 mata kepada 1,668.78 selepas 41 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutupan Rabu pada 1,680.11.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti umum Tahun Baharu 2026.

-- BERNAMA