Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.
Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI turun 5.64 mata atau 0.34 peratus kepada 1,674.68 daripada 1,680.32 pada Isnin, selepas dibuka lebih rendah sebanyak 1.91 mata pada 1,678.41.
Prestasi pasaran secara keseluruhan. kaunter untung mengatasi rugi, 158 berbanding 128, manakala 281 kaunter tidak berubah, 2,082 tidak diniagakan dan 11 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan mencecah 101.17 juta saham bernilai RM89.15 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beliau menjangkakan indeks penanda aras akan bergerak dalam julat 1,675–1,685, diunjurkan melepasi ambang 1,700 tidak lama lagi.
“Kami tetap berharap prestasi kukuh oleh saham mewah akhirnya akan menggalakkan kecairan turun ke ruang permodalan lebih kecil. Buat masa ini, kami mendapati bahawa pelabur runcit masih di luar pasaran kerana ketiadaan pemangkin,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, RHB Bank menambah satu sen kepada RM7.74, 99, Speed Mart meningkat dua sen kepada RM3.84, TNB dan Hong Leong Bank tidak berubah masing-masing pada RM13.74 dan RM22.72, manakala Maybank berkurangan enam sen kepada RM10.50, CIMB turun sembilan sen kepada RM8.15 dan Public Bank merosot satu sen kepada RM4.55.
Bagi saham aktif, Insight Analytics naik tujuh sen kepada RM1.53, MMAG dan MRCB melonjak setengah sen masing-masing kepada 7.5 sen dan 39 sen, Tanco dan Sentoria tidak berubah masing-masing pada RM1.18 dan dua sen, manakala Oxford Innotech merosot satu sen kepada 28.5 sen.
Antara kaunter paling untung, LPI Capital naik 22 sen kepada RM14.80, manakala Spritzer, Sunway Construction dan MNRB menokok empat sen masing-masing kepada RM2.70, RM5.83 dan RM2.20.
Bagi saham paling rugi, Nestle turun 90 sen kepada RM114.80, Malaysian Pacific Industries merosot 48 sen kepada RM31.02, Petronas Dagangan menguncup 20 sen kepada RM19.84 manakala Westports berkurangan 11 sen kepada RM5.55.
Di peringkat indeks, FBM Emas susut 22.98 mata kepada 12,327.22, FBMT Top 100 turun 28.38 mata kepada 12,122.85 dan FBM Emas Shariah menguncup 9.68 mata kepada 12,121.20, bagaimanapun FBM Mid 70 meningkat 16.10 mata kepada 17,8071.15, manakala FBM ACE menokok 12.10 mata kepada 4,940.85.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 59.97 mata kepada 19,769.06, Indeks Tenaga turun 0.31 mata kepada 768.70, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.41 mata kepada 173.47, manakala Indeks Perladangan turun 17.74 mata kepada 8,286.07.
-- BERNAMA