BERITA TERKINI   Kajian keperluan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 akan bermula tahun ini - Menteri Pendidikan | Kementerian Pertahanan dan ATM telah lama haramkan kegiatan tidak bersahsiah di semua kem di seluruh negara - Mohamed Khaled | Pelan anti rasuah Kementerian Pertahanan akan dirombak besar-besaran tahun ini - Mohamed Khaled  | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan COMEX

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di COMEX AS.

Kontrak baharu bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$4,469.8 setiap auns troy daripada US$4,447.2 yang disaksikan semasa hari Isnin, Februari 2026 menokok kepada US$4,486.5 daripada US$4,463.5, manakala Mac 2026 melonjak kepada US$4,503.2 daripada US$4,479.9.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga melonjak, berada pada US$4,521.2 setiap auns troy berbanding US$4,497.9 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 149 lot daripada 328 lot, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 214 kontrak berbanding 373 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan penetapan tengah hari, 5 Jan 2026 London Bullion Market Assiociation, emas fizikal ditetapkan pada US$4,436.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA