BERITA TERKINI   Literasi pengguna dan digital perlu diperkukuh bagi lindungi rakyat daripada jenayah dalam talian - Ahmad Zahid | Mengenai tarif AS, Malaysia telah mengemukakan penjelasan berkaitan isu di bawah Seksyen 301(b) Akta Perdagangan AS 1974 - Johari Ghani | Kestabilan politik penting untuk bina daya tahan ekonomi - Johari Ghani | Allahyarham Dr Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana dipilih sebagai penerima  Anugerah Sastera Negara ke-16 - Fadhlina | Malaysia kekal pendirian mengawasi keselamatan Selat Melaka, tidak benarkan mana-mana pihak buat keputusan unilateral - Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah pada awal dagangan Khamis yang seiringan dengan prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.45 pagi, kontrak bulan semasa Januari 2026 dan Jun 2026 susut 10 mata kepada 1,668.00 dan 1,657.50, Februari 2026 turun 8.5 mata kepada 1,673.50 dan Mac 2026 berkurangan 8.0 mata kepada 1,655.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,396 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 35,360 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI susut 7.98 mata kepada 1,668.85 selepas 45 minit dagangan dijalankan berbanding paras penutup 1,676.83 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA