BERITA TERKINI   PM Anwar tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 yang diadakan di Cebu, Filipina | Inspace Creation Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 26.5 sen, premium 1.5 sen berbanding harga IPO sebanyak 25 sen, dengan 27.73 juta saham diniagakan | 

Petronas Lantik Mohd Jukris Sebagai Ketua Pegawai Operasi Mulai 1 Februari

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuatkuasa pada 1 Feb, 2026.

Menerusi kenyataan ringkasnya, syarikat minyak dan gas negara serta global itu menyatakan pelantikan berkenaan adalah sejajar dengan usaha untuk merealisasikan aspirasi transformasi dalam senario tenaga dunia yang dinamik.

“Pelantikan Mohd Jukris sebagai COO juga adalah seiringan dengan peranannya sebagai naib presiden eksekutif serta ketua pegawai eksekutif huluan di Petronas,” katanya.

-- BERNAMA