BERITA TERKINI   SBS NEXUS mula pada harga 25 sen dengan 5.30 juta saham didagangkan di Pasaran ACE | PRK Kinabatangan, Lamag: SPR sasar peratusan keluar mengundi lebih 65 peratus - Pengerusi SPR | PRK Kinabatangan, Lamag: Keputusan rasmi dijangka diumumkan 10 malam - Pengerusi SPR | PRK Kinabatangan, Lamag: Sebanyak 20.1 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 9 pagi - Pengerusi SPR | Pusat pengundian awal bagi PRK Kinabatangan, Lamag dibuka 8 pagi ini - SPR | 

OpenSys Terima Pesanan Pembelian RM22.05 Juta Bagi Mesin Kitar Semula Tunai

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- OpenSys (M) Bhd menerima satu pesanan pembelian (PO) bagi mesin kitar semula tunai (CRM) baharu bernilai RM22.05 juta daripada pelanggan sedia ada, Reachful Malaysia Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menjelaskan penghantaran CRM tersebut akan dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai sebelum 31 Dis, 2026.

“PO itu dijangka tidak menjejaskan modal saham terbitan atau pegangan saham utama syarikat.

“Bagaimanapun, PO itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026,” menurunya.

Syarikat itu memaklumkan PO itu adalah dalam urusan perniagaan biasa OpenSys dan demi kepentingan terbaik syarikat.

-- BERNAMA