BERITA TERKINI   Isu kesesakan dan kekurangan mesin pengimbas di Linkedua akan dibawa ke KDN - Loke | Dua sindiket pengedaran dadah tumpas, dadah RM4.7 juta dirampas dalam operasi di Johor Bahru - Polis | Seramai 60,000 pelajar disasar terima manfaat MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) dengan peruntukan RM18.5 juta - Anthony Loke | Tiga individu ditahan bantu siasatan kes lelaki maut ditembak di Skudai pada 9 Mei lepas - Polis | PRN Johor tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MT UMNO dan pertemuan dengan Agong hari ini - Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 meningkat 16 mata kepada 1,711.5, Februari 2025 naik 13.5 mata kepada 1,715.0, manakala Mac 2026 dan Jun 2026 menokok 12.5 mata masing-masing kepada 1,695.5 dan 1,699.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,293 lot daripada 5,928 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 43,841 kontrak daripada 40,928 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 6.75 mata atau 0.39 peratus kepada 1,705.81 daripada paras penutup 1,699.06 pada Selasa.

-- BERNAMA