BERITA TERKINI   Lebih RM15 bilion sokongan pembiayaan disediakan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada tahun ini - MoF | Kemudahan pembiayaan mikro RM5 bilion yang diumumkan hari ini adalah berasingan daripada Kemudahan Bantuan Khas PKS RM5 bilion oleh BNM serta RM5 bilion di bawah SJPP - MoF | Kerajaan MADANI sedia kemudahan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM5 bilion bagi 2026, dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro, dengan pinjaman sehingga RM100,000 - MoF | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2026 susut kepada US$4,681.50 setiap auns troy daripada US$4,743.70 Jumaat lepas, manakala kontrak Jun 2026 turun kepada US$4,696.90 setiap auns troy daripada US$4,757.70.

Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2026 turut ditutup rendah pada US$4,711.90 setiap auns troy berbanding US$4,772.70 sebelum ini.

Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada 11 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69 kontrak daripada 68 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,741.40 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 8 Mei, 2026.

-- BERNAMA