BERITA TERKINI   PRK Lamag: Satu pusat mengundi ditutup 1 tengah hari - SPR | PRK Kinabatangan: Enam pusat mengundi ditutup 1 tengah hari - SPR | PM Anwar nafi laporan dakwa Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia | Prestasi ringgit antara terbaik di Asia, hasil kestabilan politik dan tatakelola baik - PM Anwar | Sebanyak lima laporan diterima sepanjang PRK Kinabatangan dan Lamag berlangsung - Pengerusi SPR | 

Niaga Hadapan KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Pada 9.50 pagi ini, kontrak-kontrak semasa iaitu Januari 2026 naik 1.5 mata kepada 1,713.0, Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing naik dua mata kepada 1,717.0 dan 1,697.5 manakala Jun 2026 pula menambah 3.5 mata kepada 1,703.0.

Jumlah dagangan mencecah 2,853 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 39,559 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 9.84 mata kepada 1,715.65 selepas 55 minit dagangan dijalankan berbanding 1,705.81 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA