BERITA TERKINI   Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani raih gelaran Masters Indonesia 2026 | Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei raih gelaran Masters Indonesia 2026 | Masters Indonesia: Beregu wanita utama negara Pearly-Thinaah muncul juara selepas Igarashi-Takahashi tarik diri dari final - BAM | APG 2025: Malaysia capai sasaran 181 pingat menerusi sukan tenis kerusi roda | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini - Pengerusi | 

Hartanah Kenyalang Peroleh Kontrak Naik Taraf Stadium Sarawak Bernilai RM184.3 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Hartanah Kenyalang Bhd, Hartanah Construction Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM184.3 juta daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk menaik taraf dan membaiki Stadium Sarawak.

Kumpulan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata tempoh kontrak selama 12 bulan itu berkuat kuasa mulai 30 Jan 2026 hingga 29 Jan 2027.

"Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak dijangka, kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Okt 2026 dan sehingga projek itu selesai," kata Hartanah Kenyalang.

-- BERNAMA