BERITA TERKINI   Kadar bayaran zakat fitrah di Perak bagi tahun 2026/1447H ditetapkan pada RM10, RM16 dan RM25 - Timbalan Mufti | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.19 pagi, kontrak Januari 2026 meningkat 11.5 mata kepada 1,742.5, Februari dan Mac 2026, masing-masing naik 12.0 mata kepada 1,746.0 dan 1,726.0 serta Jun 2026 menambah 6.5 mata kepada 1,724.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,957 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,875 kontrak.

Pada 9.39 pagi, indeks FBM KLCI naik 8.65 mata kepada 1,739.54, selepas dibuka tinggi 1.73 mata kepada 1,732.62 daripada 1,730.89 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA