BERITA TERKINI   MIC kekal bersama Barisan Nasional, tidak sertai Perikatan susulan perubahan kepimpinan - Saravanan | JPA diarah rangka program tingkat profesionalisme PDRM, kebajikan jadi keutamaan termasuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi - PM Anwar | Kerajaan beri jaminan tidak campur tangan dalam tugas PDRM, akan beri dorongan untuk bertindak terus dengan berani - PM Anwar | Perolehan KDN yang dibekukan sebelum ini kini dilepaskan semula - PM Anwar | Lonjakan kedudukan Malaysia dalam Indeks Keamanan Global hasil penurunan 6.4 peratus jenayah indeks - KPN | 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu hadapan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI kekal dalam aliran kenaikan yang aktif.

"Pergerakan yang berterusan melebihi paras 1,750 dijangka membuka jalan untuk kenaikan seterusnya manakala sebarang penurunan ke arah sokongan dijangka berlaku secara teratur dan pembetulan, bukannya berubah mengikut aliran.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,730-1,760 minggu hadapan," katanya kepada Bernama.

Sepanjang minggu yang baru berakhir, niaga hadapan FBM KLCI diniagakan kebanyakannya lebih tinggi, disokong oleh minat belian yang kukuh dan berterusan.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Januari 2026 menambah 23.0 mata kepada 1,740.0, kontrak Februari 2026 dan Jun 2026 masing-masing meningkat 16.0 mata kepada 1,737.5 dan 1,718.5 manakala kontrak Mac 2026 naik 14 mata kepada 1,715.5.

Jumlah dagangan bagi minggu ini melonjak kepada 200,166 lot daripada 32,462 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 53,250 kontrak daripada 41,444 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menokok 20.89 mata kepada 1,740.88 daripada 1,719.99 minggu sebelumnya.

-- BERNAMA