BERITA TERKINI   Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

UOB Malaysia Lanjut Pinjaman Berkaitan Kelestarian Bernilai RM600 Juta Kepada RHB Banking Group

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- UOB Malaysia melanjutkan pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM600 juta (US$150 juta) kepada RHB Banking Group.

Dalam kenyataan hari ini, UOB Malaysia berkata kemudahan selama tiga tahun itu akan digunakan untuk keperluan pembiayaan korporat am dan jangka panjang.

Ketua Perbankan Borong UOB Malaysia Andy Cheah berkata kemudahan itu juga mencerminkan komitmen lebih luas UOB sebagai bank serantau untuk menyalurkan modal ke arah projek yang bertanggungjawab dan membolehkan peralihan hala tuju yang munasabah.

"UOB Malaysia komited untuk memajukan pertumbuhan kewangan lestari dan bekerjasama dengan rakan kongsi yang sehaluan serta berkongsi tujuan yang sama.

“Kelestarian sentiasa menjadi teras strategi kami, dan kami berbangga untuk bekerjasama dengan RHB dalam urus niaga ini,” katanya.

Seiring dengan Malaysia bergerak ke arah ekonomi lebih lestari, beliau berkata UOB Malaysia berhasrat untuk memberi sumbangan dengan membantu meningkatkan piawaian kemampanan merentasi industri serta menyokong agenda hijau negara secara keseluruhan.

Struktur SLL menghubungkan terma kemudahan dengan prestasi RHB berdasarkan penunjuk kelestarian yang telah ditetapkan sekali gus menerapkan unsur kebertanggungjawapan dalam strategi pembiayaan kumpulan.

Ketua Pegawai Kemampanan RHB Banking Group Angus Salim berkata kemudahan itu mengukuhkan komitmen kumpulan untuk menyokong pelanggan ketika mereka melangkah ke hadapan dalam laluan peralihan masing-masing sambil memperkukuh peranan kewangan lestari untuk membolehkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang berdaya tahan.

Sehingga Disember 2025, mobilisasi kumulatif Perkhidmatan Kewangan Lestari RHB telah melebihi RM59 bilion, menyumbang hampir 66 peratus daripada sasaran 2027 sebanyak RM90 bilion.

-- BERNAMA