BERITA TERKINI   Kerajaan beri amaran kepada korporat, industri supaya hentikan aktiviti "channel switching" dan beli minyak pada harga pasaran atau berhadapan dengan tindakan - Amir Hamzah | APAD batal Lesen Pengendali syarikat pemandu treler, MFG Barokah Enterprise susulan kemalangan maut di Gemas Baharu, Johor korbankan tiga nyawa | Krisis Tenaga Global: Langkah kekalkan subsidi bersasar diesel pastikan sektor kritikal seperti nelayan, pengangkutan awam terus nikmati diesel pada kadar terkawal - Amir Hamzah | Krisis Tenaga Global: Kerajaan kini tanggung kos subsidi petrol dan diesel sebanyak RM6 bilion berbanding RM700 juta sebelum perang - Amir Hamzah | Krisis tenaga global: Bekalan minyak Malaysia lebih kukuh berbanding negara lain - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur pada Isnin.

Pada 9.21 pagi, kontrak Februari 2026 naik 0.5 mata kepada 1,740.50 manakala Mac 2026 berkurangan 1.5 mata kepada 1,719.0 serta Jun dan September 2026, masing-masing mendatar pada 1,724.0 dan 1,712.0.

Jumlah dagangan sebanyak 605 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,440 kontrak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.99 mata kepada 1,738.55 selepas 38 minit dagangan daripada 1,739.54 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA