Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan pasaran tunai asas.

Pada penutupan dagangan, kontrak Februari 2026 dan Mac 2026 masing-masing meningkat 17.5 mata kepada 1,758.0 dan 1,738.0.

Kontrak Jun 2026 naik 18 mata kepada 1,743.0, manakala September 2026 menambah 17.0 mata kepada 1,729.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,629 lot berbanding 3,473 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 44,029 kontrak daripada 41,005 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 10.85 mata atau 0.62 peratus kepada 1,752.11 berbanding paras penutupan 1,741.26 pada Isnin.

-- BERNAMA