BERITA TERKINI   Perolehan MISC Bhd susut kepada RM11.15 bilion pada tahun kewangan 2025 daripada RM13.24 bilion tahun sebelumnya susulan pendapatan rendah segmen marin, kejuruteraan berat  | Untung bersih MISC Bhd meningkat kepada RM1.7 bulan pada tahun kewangan 2025 daripada RM1.19 bilion tahun sebelumnya | Petronas Dagangan isytihar dividen interim 26 sen dan dividen khas 20 sen bagi suku keempat 2025 | Untung bersih Petronas Dagangan Bhd meningkat kepada RM1.10 bilion pada tahun kewangan 2025 daripada RM1.09 bilion tahun sebelumnya | Untung bersih LPI Capital Bhd susut kepada RM367.78 juta pada tahun kewangan 2025 daripada RM377.09 juta tahun sebelumnya | 

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Isnin.

Pada 10.13 pagi, kontrak Februari 2026 menambah tiga mata kepada 1,749.00, Mac 2026 naik 3.5 mata kepada 1,730.00, Jun 2026 meningkat 5.5 mata kepada 1,737.00 dan September 2026 mendatar pada 1,719.50.

Jumlah dagangan sebanyak 4,082 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,131 kontrak.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.05 mata kepada 1,755.88 selepas sejam dagangan daripada 1,752.83 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA