BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 | Sebahagian syarikat dorman tidak dapat dibubar kerana obligasi kewangan seperti hutang perlu dilunaskan - Liew Chin Tong | Rugi bersih Supermax Corporation naik kepada RM58.44 juta pada suku kedua tahun kewangan 2026 | Ringgit ditutup rendah, turun kepada 3.8915/8980 berbanding dolar AS daripada 3.8885/8925 ketika ditutup semalam | Untung bersih Petronas Gas bagi tahun kewangan 2025 turun kepada RM1.72 bilion daripada RM1.83 bilion pada tahun kewangan 2024 | 

Isu Berkaitan Aliran Masuk Pelaburan Antara Dibincangkan Dalam Mesyuarat MITI Bersama PM Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Isu berkaitan aliran masuk pelaburan ke negara ini antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata perbincangan turut meliputi prestasi pelaburan asing yang diterima dan keperluan domestik berkaitan pengambilan pekerja asing.

Katanya mesyuarat itu juga bertujuan menyampaikan isu berbangkit yang memerlukan perhatian pengurusan kanan kementerian termasuk beberapa perkara penting yang memerlukan pertimbangan dan keputusan Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan dasar berjalan lancar.

“Kita mengemukakan beberapa perkara penting yang memerlukan perhatian Perdana Menteri untuk membolehkan dasar dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri MITI Sim Tze Tzin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Hairil Yahri Yaacob.

Johari berkata dasar MITI telah dirangka dan dilaksanakan, namun terdapat beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan untuk penambahbaikan. 

Beliau berkata isu berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

-- BERNAMA