BERITA TERKINI   Untung bersih Allianz naik kepada RM958.78 juta pada TK2025 daripada RM770.74 juta pada TK2024 | Untung bersih SP Setia Bhd merosot kepada RM509.96 juta pada TK2025 daripada RM575.95 juta pada TK2024 | Petronas jangka purata harga minyak mentah Brent antara US$65-US$70 setong dalam tempoh lima tahun akan datangĀ - Presiden dan CEO Kumpulan Petronas | Siasatan perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan- Jabatan Peguam Negara | Petronas menyasar untuk mengembangkan perniagaan huluan di peringkat antarabangsa sebanyak 60 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang - Ketua Pegawai OperasiĀ  | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari dagangan terakhir minggu ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang perlahan.

Pada penutupan dagangan, kontrak Februari 2026 rendah 25 mata kepada 1,716.0, Mac 2026 susut 30 mata kepada 1,693.0, Jun 2026 berkurangan 31 mata kepada 1,697.0 dan September 2026 menyusut 35 mata kepada 1,681.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 14,610 lot daripada 27,484 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 55,247 kontrak daripada 68,418 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 24.33 mata atau 1.39 peratus kepada 1,716.61 berbanding 1,740.94 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA