BERITA TERKINI   Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 menyediakan pelan hala tuju untuk fasa hubungan ekonomi yang seterusnya - PM Anwar | Malaysia mengalu-alukan pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 yang akan diterima pakai lewat tahun ini - PM Anwar | Dakwaan 30,000 pelajar masuk universiti awam ikut pintu belakang satu tuduhan berat - Zambry | RTM mohon maaf atas gangguan teknikal ketika siaran langsung separuh masa pertama perlawanan Piala Dunia antara Perancis dan Senegal | 13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah sebuah agensi kerajaan ditahan kerana disyaki terima rasuah kira-kira RM2.5 juta - SPRM | 

Pertumbuhan Pinjaman Malaysia Berkembang 5.0-5.5 Peratus Tahun Ini - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pertumbuhan pinjaman Malaysia dijangka berkembang dalam 5.0 hingga 5.5 peratus tahun ini, meningkat berbanding 4.8 peratus pada 2025, disokong oleh kesan asas yang menggalakkan pada akhir 2025 termasuk permintaan domestik yang stabil, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu melalui satu nota penyelidikan hari ini berkata ia menjangkakan momentum pinjaman akan naik secara beransur-ansur menjelang akhir tahun walaupun permulaan yang lemah pada Januari.

“Prestasi semasa adalah sejajar dengan aliran bermusim kerana Januari dan Februari lazimnya merekodkan pertumbuhan dari bulan ke bulan yang lebih lembap.

“Namun begitu, permintaan bermusim seperti Tahun Baru Cina dan Aidilfitri sepatutnya memberikan sokongan jangka pendek,” katanya.

Sementara itu, mengenai kadar dasar semalaman (OPR), Kenanga IB menjangka Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar tidak berubah pada 2.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari akan datang pada 5 Mac ini.

“Dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang mantap dan inflasi terurus, disangga oleh permintaan yang stabil dan bekalan yang mencukupi, kami menjangkakan OPR tahun ini akan kekal tidak berubah kecuali wujud kejutan global yang tidak dijangka,” tambah Kenanga IB.

 

-- BERNAMA