BERITA TERKINI   Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sasar muktamadkan penyata cadangan pemisahan jawatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya menjelang pertengahan Mei - Azalina | Tiada pakej rangsangan ekonomi buat masa ini susulan konflik di Asia Barat - Amir Hamzah | Lebih RM7 bilion disalurkan bagi membiayai lebih 11,500 PMKS dan syarikat pemula niaga sejak 2019 - Pengerusi SC | Kerajaan tambah peruntukan RM20 juta, selain RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, menjadikan jumlah peruntukan MyCIF bagi tahun ini sebanyak RM50 juta - Amir Hamzah | SC, Bursa Malaysia memudah cara peralihan syarikat Ekuiti Pendanaan Awam yang mempunyai rekod kutipan dana kukuh untuk disenaraikan di Pasaran LEAP - Amir Hamzah | 

Rivertree STF Synergies Memeterai HoA Bina Kuarters RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Rivertree STF Synergies Bhd (RSSB) telah menandatangani Perjanjian Utama (HoA) dengan Catenary Capital Sdn Bhd dan Q Centre Management Sdn Bhd (QCM) untuk pembangunan empat kemudahan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) di Lembah Klang.

RSSB berkata projek itu, dengan nilai pembangunan kasar RM600 juta, dijangka menyediakan RSSB dengan aliran pendapatan untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata projek pertama, Q Centre @ Teratai di Meru, Klang, akan terdiri daripada 9,000 katil dengan nilai pembangunan indikatif berjumlah RM171 juta, manakala baki tiga CLQ yang dicadangkan, dengan nilai RM429 juta, dijangka menyediakan 19,800 katil lagi, tertakluk kepada pemuktamadkan tapak dan perjanjian muktamad.

Pengarah Eksekutif RSSB, Datuk Simon David Leong berkata HoA ini menandakan satu pencapaian penting bagi kumpulan itu sejajar dengan pengembangan peranannya dalam segmen CLQ.

“Kami melihat permintaan struktur yang kukuh muncul dalam segmen CLQ apabila pihak industri semakin mengutamakan penyelesaian penginapan pekerja yang patuh peraturan, terurus dan berskala.

“Kami telah mengenal pasti beberapa peluang pekerjaan dalam ruang ini dan melihat segmen ini sebagai tonggak pertumbuhan strategik pada masa hadapan,” katanya.

Anak syarikat milik penuh Rivertree, RSSB Builders Sdn Bhd akan bertindak sebagai pemaju siap guna di bawah rangka kerja itu, memperkukuh pembinaan serta keupayaan penghantarannya dalam sektor tersebut.

“Sebagai pemaju siap guna yang dilantik, kami akan bertanggungjawab ke atas skop penuh reka bentuk dan pembinaan di seluruh kemudahan yang dicadangkan, bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk memastikan pelaksanaan yang berdisiplin dan penghantaran tepat pada masanya,” tambah Leong.

 

-- BERNAMA