Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Pada Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada awal dagangan Khamis, menjejaki peningkatan dalam pasaran lebih meluas.
Pada 9.41 pagi, kontrak Mac 2026 meningkat 15.5 mata kepada 1,687.50, April 2026 dan Jun 2026 menambah 13.0 mata masing-masing kepada 1,688.0 dn 1,690.0, September 2026 melonjak 11.0 mata kepada 1,668.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,884 lot dengan minat terbuka berjumlah 38,169 kontrak.
Indeks FBM KLCI menokok 8.24 mata kepada 1,706.46 selepas 41 minit dagangan berbanding 1,698.22 ketika ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA