BERITA TERKINI   PH kesal tindakan 14 ADUN UMNO / BN Negeri Sembilan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara - Akmal Nasrullah | Peranan GLC dan GLIC bukan sekadar pertahan pulangan pelaburan, malah bantu perkukuh daya tahan ekonomi - Akmal Nasrulllah | Kerajaan tumpu pada sektor elektrik, industri pembinaan, pasaran buruh dan penilaian ekonomi jangka sederhana dalam mesyuarat MTEN minggu ini - Akmal Nasrullah | Pasaran ekuiti tempatan berdaya tahan dengan meningkat 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara - Akmal Nasrullah | 

RM6.2 Bilion Bayaran Balik Lebihan Cukai Dibuat Sehingga 18 Feb, 2026 – MOF

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Sebanyak 95,285 kes bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM6.2 bilion diselesaikan sehingga 18 Februari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF). 

Menurut kementerian itu, bagi 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan kes lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama dan lebihan cukai tahun taksiran 2024 akan diselesaikan dalam tahun ini juga.

“Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM22.45 bilion pada 2025 yang merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun.

“Bagi tempoh tiga tahun terkini iaitu 2023 hingga 2025, Kerajaan MADANI telah melunaskan bayaran balik sebanyak RM56 bilion, iaitu 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2020 hingga 2022 iaitu sebanyak RM37 bilion,” kata kementerian itu melalui jawapan bertulis Dewan Negara hari ini.

Semua kes lebihan cukai bagi tahun taksiran 2022 dan sebelumnya yang boleh dibayar telah selesai pada 2025 melibatkan 3.7 juta kes berbanding 2.7 juta kes pada 2024.

MOF berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Tan Sri  Low Kian Chuan mengenai langkah-langkah pembetulan yang diambil bagi mempercepatkan proses bayaran balik cukai korporat.

-- BERNAMA