BERITA TERKINI   PM Anwar catat kadar sokongan 52 peratus, tertinggi berbanding pemimpin politik lain - tinjauan Merdeka Centre | 153 laporan polis diterima setakat 3 petang berhubung kenyataan Puad Zarkashi - Ketua Polis Johor | Singapura naikkan bayaran masuk teksi Malaysia ke S$15 setiap perjalanan bermula 1 Jan, 2027 - LTA  | 

Landasan 3 KLIA Beroperasi Sepenuhnya Tujuh Hari Lebih Awal Daripada Jadual

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Landasan 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kembali beroperasi sepenuhnya tujuh hari lebih awal daripada jadual.

KLIA menjelaskan landasan itu mula ditutup sepenuhnya dari 24 hingga 26 Februari susulan kerja-kerja penambahbaikan, dan kemudian beroperasi mengikut konfigurasi landasan pendek sementara baki kerja diteruskan.

“Memandangkan kerja-kerja tersebut siap lebih awal daripada perancangan, landasan ini kembali beroperasi mengikut kepanjangan penuh,” jelasnya menerusi akaun KL International Airport @KLIA_my di platform X.

Menurut KLIA kerja-kerja tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan KLIA untuk mengekalkan standard keselamatan dan kualiti pada tahap tertinggi.

Tarikh sebenar yang dijadualkan untuk penyambungan semula operasi adalah pada 17 Mac.

-- BERNAMA