BERITA TERKINI   Ahmad Zahid setuju penubuhan Suruhanjaya Guru untuk jaga kebajikan warga pendidik | Cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan perlu kembali fokus kepada pembinaan insan, ekonomi, negara - Ahmad Zahid | Piala Thomas: China 2 Malaysia 0: Liang Wei Keng-Wang Chang kalahkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 24-22, 21-14 | Piala Thomas: China 1 Malaysia 0: Shi Yu Qi kalahkan Leong Jun Hao 21-10, 16-21, 21-9 | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada niaga hadapan getah serantau yang lemah dan jualan dalam sektor automotif China yang lembap, kata peniaga.

Beliau berkata impak daripada konflik di Asia Barat, yang mewujudkan kebimbangan mengenai permintaan berkurangan terhadap tayar China dari rantau itu, telah menjejaskan sentimen pasaran.

“Kebimbangan bahawa gangguan penghantaran di Selat Hormuz berpotensi menjejaskan permintaan Timur Tengah terhadap tayar dari China berikutan pengimport mungkin menangguhkan pesanan untuk tempoh satu hingga dua bulan akan datang susulan ketidaktentuan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata jualan automotif China merosot 15.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2026, menurun mendadak dalam tempoh dua tahun, mencerminkan permintaan yang lemah dalam pasaran automotif terbesar dunia.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun 3.5 sen kepada 789.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan satu sen kepada 655 sen sekilogram.

-- BERNAMA