Niaga Hadapan KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyaksikan dagangan lebih rendah pada sesi awal di Bursa Malaysia Derivatives hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak Mac 2026 susut lapan mata kepada 1,718.50, kontrak April 2026 dan Jun 2026 masing-masing turun tujuh mata kepada 1,710.50 dan 1,707.50 manakala September 2026 berkurangan 6.50 mata kepada 1,690.0.

Jumlah dagangan sebanyak 7,596 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,739 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 2.91 mata kepada 1,713.70 selepas 47 minit dagangan berbanding penutupan Rabu pada paras 1,716.68.

-- BERNAMA