Niaga Hadapan FBM KLCI Meneguh Minggu Hadapan
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka akan meneguh pada minggu hadapan, mencerminkan sentimen berhati-hati dalam pasaran tunai asas.
Naib Presiden dalam Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata kekurangan aliran masuk asing yang berterusan telah mengekang momentum menaik, mengekalkan jajaran indeks saham penanda aras terikat.
"Ketidakstabilan mungkin meningkat berikutan ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan. Pergerakan harga minyak serta perkembangan konflik di Asia Barat akan terus mempengaruhi sentimen. FBM KLCI dijangka mengukuh dalam jajaran 1,690 hingga 1,730 pada minggu hadapan," katanya kepada Bernama.
Pada asas Khamis hingga Jumaat, kontrak Mac 2026 susut 10.5 mata kepada 1,709.0, kontrak April 2026 turun 10 mata kepada 1,711.0, kontrak Jun 2026 jatuh 13.5 mata kepada 1,707.0 dan kontrak September 2026 melembap 8.5 mata kepada 1,691.5.
Jumlah dagangan minggu ini melonjak kepada 168,213 lot berbanding 30,374 lot yang disaksikan pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 102,348 kontrak daripada 42,127 kontrak.
Pada asas Khamis hingga Jumaat, FBM KLCI susut 8.06 mata kepada 1,712,65 daripada 1,720.71 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA