BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia - PM Anwar | Rebat tiket penerbangan RM50 kepada rakyat Malaysia bagi laluan Semenanjung–Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Gawai dan Kaamatan, dari 15 Mei-14 Jun -- Loke | Krisis Tenaga Global: CAAM lanjut tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari berkuat kuasa 1 Mei bagi pelihara kemampanan operasi industri penerbangan -- Loke | Krisis tenaga global: ERL perkenal MyPutrajaya Monthly Travel Card khas untuk penjawat awam yang bekerja atau menetap di Putrajaya -- Loke | Krisis Tenaga Global: ERL perkenal MyKLIA Monthly Travel Card bagi rakyat Malaysia bekerja di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 -- Loke | 

Insentif Pelaburan Perlu Beri Manfaat Kepada Seluruh Rantaian Bekalan Automotif - PVA

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Insentif bagi pelaburan dalam industri automotif negara perlu mencipta kesan pengganda, memacu pertumbuhan di seluruh rantaian bekalan serta menyokong pembangunan vendor, menurut Persatuan Pembekal Proton Malaysia (PVA).

PVA menjelaskan pihaknya menyokong penuh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam usahanya melindungi dan memperkukuh ekosistem automotif Malaysia.

“Walaupun Malaysia terus mengalu-alukan pelaburan asing, sama penting juga untuk menyedari bahawa syarikat automotif yang beroperasi di sini mendapat manfaat daripada pelbagai insentif serta asas industri yang kukuh.

“Insentif pelaburan tersebut mesti memberikan nilai yang lebih luas kepada negara selain daripada keuntungan komersial serta merta,” tambah PVA dalam kenyataan hari ini.

Menurut persatuan itu, insentif yang disalurkan kepada pengeluar automotif juga perlu menyokong pembangunan vendor Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.

“Pendekatan ini memastikan kemampanan jangka masa panjang, memperkukuh keupayaan tempatan serta memantapkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif yang berdaya saing dan berdaya tahan,” tambahnya.

-- BERNAMA