BERITA TERKINI   Penggunaan MyKad bagi pembelian diesel RM2.10 seliter bagi elak ketirisan - PM Anwar | Harga diesel RM2.10 seliter seluruh negara bermula Julai - PM | Dakwaan kebocoran data yang tular di media sosial merujuk insiden lama sebelum 2022, tiada kaitan platform semasa - MKN | 

Uzma Peroleh Kontrak EnQuest Bernilai RM60 Juta

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Anak syarikat Uzma Bhd, Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd telah memperoleh kontrak dua tahun mulai 19 Feb tahun ini hingga 18 Feb 2028 bernilai RM60 juta daripada EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd.

Syarikat tenaga dan teknologi serantau itu berkata surat anugerah bertarikh 19 Feb 2026 yang diterima adalah terkait dengan penyediaan pasukan intervensi telaga dan pengurusan projek bersepadu untuk Program Intervensi Telaga EnQuest 2026/2027 (Pakej A8). 

Skop kerja merangkumi penyediaan, pembekalan dan penyelenggaraan alatan, peralatan, aksesori serta alat ganti yang diperlukan untuk perkhidmatan intervensi telaga, katanya melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham syarikat dan struktur pegangan saham kerana ia tidak melibatkan penerbitan saham biasa dalam syarikat itu. 

“Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan serta aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, dan seterusnya sehingga tamat kontrak,” katanya.

 

-- BERNAMA