BERITA TERKINI   Harga diesel bersubsidi RM2.10 seliter untuk rakyat Malaysia mulai Julai - PM Anwar | Penggunaan MyKad bagi pembelian diesel RM2.10 seliter bagi elak ketirisan - PM Anwar | Dakwaan kebocoran data yang tular di media sosial merujuk insiden lama sebelum 2022, tiada kaitan platform semasa - MKN | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Optimisme Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong optimisme baharu terhadap pusingan kedua rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi menamatkan konflik.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 meningkat kepada US$4,800.60 seauns troy daripada US$4,738.40 seauns troy pada penutupan Isnin, manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,819.60 seauns troy berbanding US$4,756.90 seauns troy sebelumnya.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih tinggi pada US$4,838.10 seauns troy, meningkat daripada US$4,775.40 seauns troy pada penutupan semalam.

Jumlah dagangan kekal tidak berubah pada lapan lot, manakala kepentingan terbuka susut kepada 76 kontrak daripada 78 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,722.65 seauns troy mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 13 April 2026.

-- BERNAMA