BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

Muhibbah Raih Kontrak RM120 Juta Untuk Projek LRT Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd meraih kontrak bernilai RM120 juta daripada Gamuda Industrial Building System Sdn Bhd (GIBS) untuk kerja-kerja berkaitan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan untuk penghadang bunyi dan penutup bagi Pakej CMC1, Sub-Pakej CNB1 projek berkenaan.

Ia memaklumkan bahawa kontrak tersebut dijadualkan bermula pada April 2026 dan dijangka siap pada suku ketiga 2030.

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Muhibbah sepanjang tempoh kontrak bagi tahun kewangan semasa dan tahun-tahun kewangan akan datang," tambah syarikat berkenaan. 

-- BERNAMA