BERITA TERKINI   Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Jepun gantung perkhidmatan kereta api laju Tokyo-Aomori susulan gempa bumi 7.5 magnitud - lapor Kyodo | Magnitud gempa bumi di Jepun disemak semula kepada 7.5; tsunami dikesan di luar pesisir Iwate dan Aomori di Lautan Pasifik - lapor Kyodo | Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | 

Takaful Malaysia Rai Dua Pemenang Utama Kempen Mini Worries, Great Prizes

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) berkongsi detik bermakna dengan meraikan dua pemenang hadiah utama kempen ‘Mini Worries, Great Prizes’ yang membawa pulang kereta mewah.

Dua pemenang itu, Muhamad Norimin Muhamad dan Selamat Md Din masing-masing menerima sebuah kereta BYD Atto 3 Ultra.

Dalam kenyataannya hari ini, Takaful Malaysia memaklumkan kempen berkenaan diperkenalkan bersempena ulang tahun kedua platform digital dan jenamanya, Kaotim.

“Kempen ini lebih menonjol menerusi konsep unik dua pemenang. Pendekatan ini mencerminkan usaha berterusan jenama ini dalam memperluas peluang kepada pelanggan untuk menyertai serta menerima ganjaran.

“Bermula daripada hadiah bulanan sehingga hadiah utama, kempen ini direka untuk memberikan pengalaman lebih menarik dan bernilai sepanjang tempoh penganjuran,” menurutnya.

Kempen berlangsung pada 15 Oktober 2025 sehingga 15 Januari 2026 itu memberi ganjaran bulanan kepada pelanggan menerusi hadiah-hadiah terpilih.

Ini termasuk dua jongkong emas pada Oktober, dua peranti telefon bimbit iPhone pada November, dua e-baucar Touch ’n Go bernilai RM5,000 pada Disember dan diakhiri dengan hadiah utama dua buah kenderaan BYD Atto 3 Ultra.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Nor Azman Zainal berkata kempen ‘Mini Worries, Great Prizes’ itu telah menerima sambutan amat menggalakkan dan berterima kasih dengan penyertaan kukuh para pelanggan.

Beliau juga menyifatkan konsep dua pemenang itu membolehkan Takaful Malaysia menggandakan keterujaan sepanjang tempoh kempen serta menjadikan pengalaman pelanggan lebih bermakna.

“Sambutan hari ini bukan sekadar meraikan pemenang hadiah utama, tetapi sebagai tanda penghargaan terhadap kepercayaan dan sokongan para pelanggan.

“Kami amat gembira dapat berkongsi detik istimewa ini bersama Muhamad Norimin dan Selamat serta berharap dapat terus mencipta lebih banyak pengalaman bermakna menerusi Kaotim,” katanya.

Nor Azman berkata Kaotim diperkenalkan untuk memudahkan akses kepada perlindungan melalui pendekatan digital utama, malah kempen sedemikian membolehkan kumpulan berinteraksi dengan pelanggan dengan cara lebih interaktif.

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang menawarkan nilai dan kemudahan kepada para pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Selamat, 58, yang juga penyelia sebuah syarikat swasta, menganggap hadiah itu sebagai detik indah dalam hidupnya apabila menerimanya pada bulan ulang tahunnya yang jatuh pada 6 April.

Berkongsi kejayaannya, bapa tunggal dari Temerloh, Pahang itu berkata beliau melanggan pelan hibah yang ditawarkan oleh platform Kaotim.

Dalam pada itu, Muhamad Norimin, 47, pula melanggan pelan perlindungan perubatan MediBooster untuk ke tiga-tiga anaknya.

"Saya memilih produk Takaful Malaysia kerana jenamanya boleh dipercayai. Tambahan pula, produknya mudah diakses dan hanya dalam beberapa saat, pengguna boleh melayari laman web, mendaftar, membuat pembayaran secara dalam talian dan seterusnya menjadi pelanggan, " katanya.

-- BERNAMA