BERITA TERKINI   Eksport suku pertama 2026 Malaysia naik 12.7 peratus kepada RM426.53 bilion, nilai suku tahunan kedua tertinggi direkodkan, import meningkat 7.7 peratus kepada RM363.31 bilion, hasilkan RM63.22 bilion lebihan dagangan - MITI | Perdagangan Malaysia kekal pada trajektori pengembangan pada suku pertama 2026, meningkat 10.4 peratus kepada RM789.85 bilion berbanding tempoh sama tahun 2025, meskipun berdepan ketidaktentuan global - MITI | Sultan Selangor titah pemimpin politik bergabung tenaga, ketepi perbezaan untuk majukan negara | Sultan Sharafuddin berpandangan SUKMA di Selangor wajar ditangguhkan sehingga krisis di Asia Barat selesai | Sultan Selangor titah kerajaan negeri fokus atasi masalah banjir dengan segera  | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran tunai yang mengukuh.

Kontrak April 2026 dan September 2026, masing-masing meningkat 5.5 mata kepada 1,685.0 dan 1,665.0, Mei 2026 naik 5.0 mata kepada 1,685.0 dan Jun 2026 menokok 4.0 mata kepada 1,684.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,227 lot daripada 10,119 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,320 kontrak daripada 42,227 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 6.29 mata atau 0.37 peratus kepada 1,689.71 daripada 1,683.42 pada Rabu.

-- BERNAMA