BERITA TERKINI   Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas di Sungai Langat berhampiran bandar Kajang - Bomba | Jangan hasilkan atau sebar kandungan 3R bersifat provokatif, cetus ketegangan awam - MCMC | PuTERA35 jadi dasar negara martabatkan kedudukan Bumiputera - PM Anwar | Artikel 153, Dasar Bumiputera tidak akan diubah dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat - PM Anwar | Industri halal mampu pecah tembok monopoli pelbagai bidang, Bumiputera harus rebut peluang - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi di Bursa Malaysia Derivatives pada Rabu.

Pada 9.28 pagi, kontrak April 2026 meningkat 8.0 mata kepada 1,719.50, Mei 2026 naik 8.0 mata kepada 1,720.50, Jun 2026 menambah 7.5 mata kepada 1,720.00, manakala September 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,699.00.

Jumlah dagangan sebanyak 2,182 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,085 kontrak.

Selepas 32 minit dagangan, FBM KLCI meningkat 2.68 mata kepada 1,719.01 daripada paras 1,715.33 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA