BERITA TERKINI   RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia - Fahmi | Media Berintegriti,Teras Kredibiliti dipilih sebagai tema HAWANA 2026 - Fahmi | Seleweng Dana 1MBD: Empat karya seni antarabangsa yang berjaya dibawa pulang akan diserahkan kepada Balai Seni Negara dalam masa terdekat - KP SPRM | SPRM berjaya bawa pulang empat karya seni antarabangsa yang dibeli guna dana 1MDB bernilai US$198,125 atau kira-kira RM786,556 pada 10 April lepas - KP SPRM | Malaysia telah berjaya mendapatkan semula 74.5 peratus atau RM31.3 bilion daripada keseluruhan RM42 bilion dana 1MDB yang diseleweng - KP SPRM | 

Kerajaan Tingkat Kawalan Perbelanjaan Tidak Kritikal Bagi Lindungi Rakyat, Ekonomi -- MOF

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengesahkan panduan telah dikeluarkan kepada kementerian-kementerian serta agensi untuk menyusun semula keutamaan bagi perbelanjaan mengurus.

Dalam kenyataannya, MoF memaklumkan ini selaras dengan cabaran krisis bekalan global dan tanggungan subsidi yang meningkat.

Bagaimanapun, kementerian itu menegaskan bahawa pelarasan perbelanjaan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan fiskal yang berhemat bagi mengoptimumkan sumber kerajaan supaya dapat mengekalkan sokongan kepada rakyat secara berterusan,” menurutnya.

-- BERNAMA