BERITA TERKINI   Penerbangan MH8110 bawa 278 jemaah haji terpaksa mendarat di Oman susulan isu teknikal- TH | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis seiring dengan pasaran tunai yang lemah.

Pada 9.55 pagi, kontrak April 2026 merosot 8.0 mata kepada 1,712.0, Mei 2026 menurun 6.5 mata kepada 1,711.5. Jun 2026 berkurangan 9.0 mata kepada 1,711.5 dan September 2026 menyusut 10.5 mata kepada 1,693.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,533 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,868 kontrak.

Selepas 58 minit dagangan, FBM KLCI menurun 2.57 mata kepada 1,717.85 daripada 1,720.42 pada Rabu.

-- BERNAMA